Thursday 30 May 2019

Kesusahan dan Penyelesaian

                 ALLAH MAHA BERKUASA


Assalamualaikum.


Ujian?
Beban?

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memudahkannnya dan memberi jalan penyelesaiannya. 

Hanya kepada Allah SWT sahaja tempat kita mengadu dan memohon pertolongan.

Bertakwa kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan memberi petunjuk dan jalan bagi menyelesaikan segala perkara yang menyusahkan.


Antara adalah amalan doa memohon dipermudahkan urusan:


1. Doa memohon keringanan daripada kesusahan




2. Doa ketika berada dalam kesusahan




3. Doa memohon kesejahteraan




4. Doa memohon memudahkan urusan




5. Doa memohon petunjuk





Ingathlah wahai sahabat, Allah SWT tidak memberi ujian dan beban tanggungjawab yang tidak mampu ditanggung oleh kita semua.

Mintalah kepadaNya untuk dipermudahkan segala urusan.


Assalamualaikum.







Monday 27 May 2019

Penyakit dan Kesembuhan

             ALLAH MAHA PENYEMBUH 


Assalamualaikum semua.

Sakit jantung?
Kanser?
Iri hati?
Dengki?

Siapa yang mampu menyembuhkannya?

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu menyembuhkan semua itu.
Dialah yang menyembuhkan hati manusia daripada iri hati, dengki dan penyakit-penyakit hati yang lain serta menyembuhkan badan manusia daripada pelbagai penyakit.

Ucapan Nabi Ibrahim AS:

"Dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku"


Tersebut adalah amalan doa memohon kesihatan:

1. Doa memohon kesembuhan daripada penyakit




2. Doa segala penawar




3. Doa rawatan lumpuh dan strok




4. Doa memohon pertolongan




5. Doa memohon disembuhkan penyakit





"Tiada kesembuhan peyakit melainkan kesembuhan daripadaNya dan tiada yang Maha Penyembuh selain Dia."

Wahai saudara seislamku, Minta lah kepada Allah SWT.

Assalamualaikum.







Thursday 23 May 2019

Bahasa Melayu: Rujukan Hormat

                      RUJUKAN HORMAT




Assalamualaikum semua.
Apa khabar semua?
Sihat ke semua?




Memandangkan sem lepas sue ada ambil subjek citra bahasa melayu dalam pengurusan pejabat, so harini sue nak berkongsi ilmu dengan korang mengenai bahasa melayu iaitu rujukan hormat berdasarkan nota yang sue dapat daripada kelas tersebut.

Apa itu rujukan hormat?

Merujuk wikipedia, rujukan kehormat ialah frasa yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang kehormat seperti Raja-raja di Malaysia. Rujukan kehormat bermula dengan Yang

Ada pelbagai rujukan hormat bagi sesuatu jawatan tersebut. Antaranya ialah:

1) Duli Yang Maha Mulia
Gelaran untuk:
  • Yang Di-Pertua Agong (memerintah negara)
  • Sultan (memerintah negeri)
  • Raja (memerintah negeri

2) Yang Maha Mulia

Gelaran untuk:
  • Raja Permaisuri Melayu (yang telah turun takhta dan baginda masih hidup)

3) Duli Yang Teramat Mulia
Gelaran untuk:
  • Raja Muda
  • Pemangku Raja

4) Yang Teramat Mulia
Gelaran untuk:
  • Keluarga diraja yang terdekat

5) Yang Amat Mulia
Gelaran untuk:
  • Keluarga diraja yang berketurunan Raja/Anak Gahara

6) Yang Mulia
Gelaran untuk:
  • Raja
  • Tengku
  • Engku
  • Ungku
  • Ku
  • Syed
  • Datu

7) Tuan Yang Terutama
Gelaran untuk:
  • Yang Di-Pertua Negeri (negeri yang tidak beraja)

8) Yang Amat Berhormat
Gelaran untuk:
  • Perdana Menteri
  • Timbalan Perdana Menteri
  • Menteri Besar
  • Ketua Menteri


9) Yang Amat Berbahagia
Gelaran untuk:
  • Tun dan Toh Puan
  • Isteri Perdana Menteri
  • Isteri Timbalan Perdana Menteri
  • Isteri Menteri Besar
  • Isteri Ketua Menteri

10) Yang Amat Arif
Gelaran untuk:

  • Ketua Hakim Negara
  • Presiden Mahkamah Rayuan
  • Hakim Besar
  • Ketua Hakim Syarie

11) Yang Berhormat
Gelaran untuk:
  • Menteri
  • Timbalan Menteri
  • Yang Dipertua Dewan Negara
  • Yang Dipertua Dewan Rakyat
  • Yang Dipertua Dewan Negeri
  • Ahli Dewan Negara/ Undangan Negeri

12) Yang Berbahagia
Gelaran untuk:

  • Tan Sri/ Puan Sri
  • Datuk Seri/ Datin Seri
  • Dtauk Paduka/ Datin Paduka
  • Datuk
  • Dato'/ Datin

13) Yang Arif
Gelaran untuk:
  • Hakim
  • Kadi

14) Yang Amat Setia
Gelaran untuk:
  • Yang Amat Setia


15) Sahibul Samahah
Gelaran untuk:
  • Mufti 
  • Pemimpin Islam

16) Yang Berusaha
Gelaran untuk:
  • Ketua jabatan tanpa gelaran

Itu sahaja yang sue dapat kongsikan dengan korang. Sue harap penulisan mengenai rujukan hormat ini dapat memberi faedah kepada korang.
Korang kena ingat rujukan hormat ni sangat penting kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Kalau kita tersalah rujukan hormat ini, kita boleh dikira sebagai kurang beradab.

Sekian Terima Kasih.
Moga Kita Berjumpa Lagi.
Waalaikumussalam.





Wednesday 22 May 2019

Gelisah dan Ketenangan

    ALLAH MAHA PEMBERI KETENANGAN


Assalamualaikum semua.


Jiwa kacau?
Risau?
Was-was?
Berdebar-debar?
Stress?
Resah?

Semua benda di atas tersebut pernah dirasai oleh semua kan.

Kadangkala, kita tidak tahu sebab yang membawa hati menjadi resah dan sebagainya. 

Tetapi sebenarnya hati yang gelisah disebabkan oleh hati tidak diisi dengan kebaikan. Apabila hati kosong, maka begitu mudah untuk syaitan masuk menyelinap.


Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Jika engkau dihasut oleh syaitan, maka mintalah pertolongan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."


Tersebut adalah amalan doa memohon ketenangan :

1. Doa supaya dilapangkan hati




2. Doa supaya diberi ketenangan hati




3. Doa memohon dilembutkan hati




4. Doa mohon dihilangkan rasa berdebar-debar




5. Doa apabila menghadapi tekanan



Sue harap ia membantu korang dalam menenangkan hati dan jiwa.
Assalamualaikum.





Thursday 16 May 2019

Kebaikan Mengurus Hutang Secara Bijak

                Mengurus hutang secara bijak




Assalamualaikum semua. Harini sue berkongsi dengan korang mengenai kebaikan mengurus hutang dengan bijak berdasarkan informasi yang terdapat dalam buku AKPK yang sue baca.

Untuk pengetahuan korang, hutang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. 

Kenapa?

Kerana memandangkan kebanyakkan daripada kita tidak mampu untuk membeli semua keperluan yang dikehendaki secara tunai, maka mereka menggunakan hutang untuk membelinya.

Hutang ini jika digunakan secara bijak, ia boleh menjadi alat yang berguna untuk membantu mencapai matlamat kewangan kita. Jadi, hutang bukan lah sesuatu yang tidak baik kerana ia membolehkan kita memiliki apa yang kita inginkan dengan lebih cepat dan selesa.

Tetapi hanya dengan displin diri dan dorongan yang teguh sahaja membolehkan kita mengurus hutang kita dengan bijak. Berikut adalah beberapa kebaikan apabila kita mengurus hutang dengan bijak, efektif dan efisien:

1. Pengurusan aliran tunai yang lebih baik
2. Pengurusan kekayaan yang lebih baik
3. Mengelak bayaran lewat dan caj penalti
4. Mengurangkan kos pinjaman
5. Meningkatkan kedudukan kredit
6. Mengelakkan gangguan atau tindakan undang-undang
7. Hubungan keluarga yang lebih baik


Haaa itulah kebaikan mengurus hutang dengan bijak.

Walaubagaimanapun,  kita 
perlulah mengawal pengambilan hutang yang dibuat. Kerana jika kita mengambil hutang dengan cara yang berlebihan, kita mungkin akan menghadapi kesulitan untuk membayarnya walaupun kita mengurusnya dengan bijak. Ini boleh mendatangkan masalah kewangan kepada kita. Adalah penting untuk mengurus hutang secara bijak dengan mengikut kemampuan dan tidak membuat komitmen kewangan yang melebihi kemampuan kita. 


Ingatlah bahawa pengurusan hutang yang baik akan membantu kita mencapai matlamat kewangan dengan lebih cepat dan sebaliknya pengurusan hutang yang lemah akan memberikan kesan negatif terhadap kehidupan kita.

So guys itulah kebaikan mengurus hutang dengan bijak, Sue harap ia dapat membantu korang.

Terima kasih dan moga kita berjumpa lagi :))))



Tuesday 14 May 2019

Masalah Ekonomi: Pengangguran

          PENGANGGURAN DI MALAYSIA


Assalamualaikum and hi semua. 
Berjumpa lagi kita pada kalini. Sekarang bulan ramadhan, so macam puasa korang? Ok ke Ko ni hahahahha

Topik kita harini bukan pasal bulan ramadhan tetapi topik mengenai pengangguran. Sebagai student kos ekonomi, sue nak berkongsi ilmu dengan korang mengenai pengangguran.



So apa itu pengangguran?

Pengangguran merujuk kepada tenaga buruh yang sedang mencari dan mahu bekerja untuk mendapatkan tingkat gaji atau upah tertentu. Ia juga terdiri daripada tenaga buruh yang tidak mencari pekerjaan tetapi sedia bekerja jika ditawarkan pekerjaan pada tingkat upah yang tertentu.

Sesebuah negara itu dikira mengalami masalah guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran negara tersebut lebih daripada 4%.

Untuk pengetahuan korang, pengangguran ini ada banyak jenis bukannya satu jenis sahaja. Pengangguran terdiri daripada pengangguran geseran, pengangguran struktur, pengangguran kitaran, pengangguran teknologi, pengangguran bermusim dan pengangguran tidak ketara.

1) Pengangguran Geseran
  • Pengangguran yang bersifat sementara dan berlaku disebabkan oleh tindakan pekerja sendiri. Mereka berhenti kerja untuk mendapatkan pekerjaan baharu yang menawarkan sesuatu yang lebih baik seperti gaji yang lebih tinggi dan tempat kerja yang lebih sesuai.

2) Pengangguran Struktur
  • Pengangguran ini wujud disebabkan oleh perubahan kegiatan ekonomi daripada satu sektor kepada sektor lain dalam ekonomi. Sebagai contoh, pengangguran ini wujud apabila ekonomi negara berubah daripada ekonomi berorientasikan pertanian kepada perkilangan. Keadaan ini memaksa sebahagian pekerja dalam bidang pertanian menganggur kerana kekurangan keperluan guna tenaga dalam sektor pertanian.

3) Pengangguran Kitaran
  • Pengangguran kitaran ini disebabkan oleh pengurangan kegiatan ekonomi yang menyebabkan permintaan terhadap buruh berkurangan. Apabila berlaku kemelesatan ekonomi, firma akan mengurangkan tingkat pengeluarannya. Oleh itu, banyak faktor pengeluaran terpaksa diberhentikan.

4) Pengangguran Teknologi
  • Pengangguran teknologi berlaku apabila teknik pengeluaran berubah dari kaedah tradisi kepada kaedah moden. Contohnya, teknik pengeluaran di sektor pertanian berubah daripada pengeluaran berintesikan buruh kepada berintesikan modal yang banyak menggunakan mesin. Ini memaksa mereka yang dahulunya merupakan guna tenaga yang produktif terpaksa menganggur akibat daripada kemajuan teknologi ini.

5) Pengangguran Bermusim
  • Pengangguran jenis ini terjadi apabila tempoh pekerjaan sesuatu kegiatan ekonomi berakhir. Sebagai contoh, di sektor pertanian para petani terpaksa menganggur apabila tamat musim menuai.

6) Pengangguran Tidak Ketara
  • Pengangguran tidak ketara juga dikenali sebagai pengangguran tersembunyi. Pengangguran ini wujud di kalangan mereka yang tidak menganggur. Contohnya, bila terdapat terlalu ramai pekerja dalam sesuatu pekerjaan sehingga menyebabkan produktiviti sut lebihan tenaga buruh adalah sifar. Pengangguran jenis ini kebanyakkan berlaku di kalangan negara-negara yang mempunyai terlalu ramai penduduk.

So itulah jenis-jenis pengangguran yang mungkin berlaku di Malaysia.
Sue harap ilmu ini dapat membantu korang yang tengah study ekonomi. Dan harap ilmu ini juga akan menjadi ilmu pengetahuan yang baru kepada korang yang tak belajar ekonomi.

Sekian terima kasih. Moga kita berjumpa lagi :))
Waalaikumusalam.



Tuesday 7 May 2019

Berdoa ada sopan-santunnya

                    ADAB-ADAB BERDOA



Assalamulaikum and hi guys. 

Topik blog lepas adalah watu mustajab untuk berdoa. 
So harini pula sue nak berkongsi adab-adab berdoa.



Antara adab-adab berdoa adalah:

1.  Hamdalah
  • Doa perlu dimulakan dengan menyebut hamdalah, iaitu pujian untuk Allah SWT serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

2.  Menyesali dosa
  • Orang yang berdosa harus mengakui dan menyesali dosa-dosa yang sudah dilakukan. 

3.  Bersunggguh-sungguh
  • Ketika berdoa, kita perlulah bersungguh-sungguh dan menetapkan hajat dengan jelas.

4. Berwuduk dan menghadap kiblat
  • Seseorang yang mahu berdoa adalah lebih baik dia berada dalam keadaan berwuduk, menghadapi kiblat dan mengangkat tangan ke atas. Ini menunjukkan kesungguhan seseorang meminta hajat bukan dalam keadaan tidak serius dan bermain-main.

5.  Merendahkan suara
  • Kita perlu merendahkan suara ketika berdoa. Ini menunjukkan rasa kerdil dan hina kita kepada Tuhan yang kita mohon supaya hajat kita dimakbulkan.

6.  Menjauhi sajak dan puisi
  • Doa juga tidak harus dan tidak elok jika dibaca dengan kalimah-kalimah berbentuk sajak ataupun puisi. Hal ini kerana orang yang berdoa harus dalam keadaan merendah diri, sedangkan perbuatan bersajak dan berpuisi seperti itu tidak baik.

7.  Mendoakan kebaikan
  • Ketika berdoa, kita tidak boleh mendoakan perkara yang tidak baik untuk orang lain, kepada diri kita sendiri, keluarga dan harta benda.




Itu sahaja yang sue dapat kongsikan.
Berdoa lah tidak kira kita dalam kesusahan atau kegembiraan kerana doa itu adalah pelindung daripada kezaliman dan kesulitan.


Sekian terima kasih ;)))



Monday 6 May 2019

Pekerjaan In Thai Language

     THAILAND LANGUAGE IS AWESOME



Assalamualaikum and hi guys. Untuk tempoh yang lama, kita berjumpa lagi. Lately ni tersangatlah buzy dengan banyak assignment yang kena submit sampai tak sempat sue nak update bloh hihihi. But today i try to make my time free just for blog. haaa sweet tak hahahhaha

So today, i want to share with all of you about thailand language again. Before that, bagi sue thai language ni senang untuk dipelajari sebab dia punya pattern bahasa sama dengan bahasa melayu. So you guys should try to learn thai language okay!!!

And the topic for today is Pekerjaan or Aship in thailand.





PEKERJAAN/ ASHIP/ OCCUPATION:



In Thai                               In Malay                    In English

1.   Nak rian                       Murid                            Pupil
2.   Nak sueksa                  Mahasiswa/wi               Student
3.   Nak ki la                      Ahli Sukan                    Athletes
4.   Nak futboan                 Pemain Bola Sepak       Footballer
5.   Nak dontri                    Pemuzik                        Music Player
6.   Nak khian                     Pelukis                          Painter
7.   Nak thu rakit                Ahli Perniagaan            Businessman
8.   Nak roang                     Penyanyi                      Singer
9.   Da ra nang                    Pelakon                         Actor
10. Khon chai                     Pembantu Rumah         Maid
11. Khon khap rot               Pemandu                      Driver
12. Khon kay khoang         Penjual                         Seller
13. Thahan                         Askar                            Soldier
14. Tamruat                        Polis                             Police
15. Moa                              Doktor                          Doctor
16. Khru                             Guru                             Teacher
17. Ajan                             Pensyarah                     Lecturer
18. Thana ykhwam            Peguam                        Lawyer
19. Witsawakoan               Jurutera                        Engineer
20. Satha panik                 Arkitek                          Architect
21. Phut jatkhan               Pengurus                        Manager
22. Chang khrueang         Mekanik                        Mechanic
23. Chang koa sang         Jurubina                         Mason
24. Chang tat suea          Tukang Jahit                   Tailor
25. Chang thay rup         Jurugambar                     Photographer
26. Chaw na                    Pesawah                          Farmer
27. Chaw suan                Pekebun/Petani               Farmer
28. Chaw rai                   Peladang                         Farmar
29. Chaw pramong         Nelayan                          Fisherman
30. Mae ban                  Suri Rumah                      Housewife



So guys itulah perbendaharaan kata bahasa thai bagi jenis pekerjaan. 
Senang kan? So tunggu apa lagi belajar lah bahasa thailand.
Sue harap perkongsian ini dapat membantu korang yang nak belajar bahasa thai. Pada masa akan datang sue akan kongsikan lagi yaaa. So stay tuned for Sue's Blog Channel 😄😄

Thank you u all and Bye.
                                               


                            

Wednesday 1 May 2019

Penipuan Kad Kredit

Penipuan Kad Kredit 


Assalamualaikum semua. 

Dunia zaman sekarang ini ramai sangat orang yang tidak berhati mulia. Buat kejahatan situ dan sini. Banyak kes-kes yang tidak diingini berlaku antaranya ialah penipuan kad kredit melalui transaksi tidak sah dan kecurian identiti. Ini menyebabkan masyarakat hidup dalam keadaan yang tidak tenteram dan harmoni. Untuk mengelakkan benda ini berterusan terjadi, kita sebagai sasaran mangsa individu yang tidak bertanggungjawab perlu lah bertindak dengan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga. 

So kali ini sue nak kongsikan tentang panduan untuk melindungi kad kredit korang. Sue memperoleh ilmu ini daripada pembacaan buku AKPK.



PANDUAN MELINDUNGI KAD KREDIT:


1. Tandatangan kad kredit anda sebaik sahaja menerimanya

2. Jangan biarkan orang lain menggunakan kad kredit anda.

3. Jangan dedahkan nombor PIN kad kredit anda kepada orang lain.

4. Jangan dedahkan butiran kad kredit kepada pihak yang tidak dikenali kerana mereka boleh            menggunakannya untuk membuat pembelian melalui telefon, mel atau internet.

5. Pastikan anda memotong kad kredit yang sudah tamat tempohnya setelah menerima kad gantian untuk mencegah pengklonan atau penyalahgunaan kad.

6. Periksa semua butiran pada slip bayaran sebelum menandatangani.

7. Simpan semua slip bayaran untuk disemak dengan penyata yang akan diterima kelak.

8. Simpan kad kredit pada tempat yang sama di dalam dompet atau tas tangan agar anda tahu serta-merta jika kad kredit hilang atau dicuri.

9. Laporkan segera kepada pihak pengeluar kad kredit sekiranya kad kreidt anda hilang, dicuri, atau terdapat transaksi yang tidak sah. Jika anda tidak melaporkannya, anda bertanggungjawab ke atas semua transaksi tersebut sehingga laporan dibuat.



So itulah 9 panduan untuk melindungi diri kita daripada kes penipuan kad kredit. Harap ia dapat membantu kita semua. Ingat, walaupun kita sentiasa berwaspada terhadap transaksi palsu dan penipuan, kita juga perlulah mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.

Thank u, Bye and Assalamualaikum :))))


Monday 29 April 2019

Thailand Language

THAILAND LANGUAGE






Sawatdi kha, yin di thi dai ru jak thuk khon kha. 
Harini sue nak kongsikan ilmu mengenai bahasa thailand dengan korang. Sue dapat ilmu ni daripada kelas bahasa thai asas (i) sewaktu sem 1 tahun 1.


So dalam bahasa thai ini mempunyai sistem abjad (konsonan) dan vokal tersendiri. Setiap suku kata bahasa thai terdiri daripada:

1. Konsonan
2. Vokal
3. Nada

1. Konsonan

Bahasa thai mempunyai 44 huruf konsonan tetapi terdapat 21 bunyi sahaja.

Konsonan Roman Perkataan Thai         Makna

k                         Klai                       Jauh
kh                       Khrai                    Siapa 
ng                       Nga:n                    Kerja 
j, c                      jà                           Akan 
ch                       Cha:                       Teh
d                         Di:                        Baik
t                          Ti:                          Pukul
th                        Tham                   Buat 
n                         Na:n                      Lama
b                         Bon                       Atas 
p                         Pai                       Pergi 
ph                       Phû:t                    Bercakap 
f                         Fang                    Dengar
m                       Ma:                       Datang
y                        Ya:                         Ubat 
r                         Ruay                    Kaya 
l                         Long                    Turun
w                       Wan                       Hari 
s                         Sŭay                    Cantik 
h                         hâi                        Memberi 
Ɂ                         Ɂìm                      Kenyang


2. Vokal Thai

Mengandungi 21 vokal teras dan menghasilkan 32 bunyi seperti berikut:

Vokal roman         Perkataan Thai               Makna
a                            Fang                             Dengar
a:                           Pla:                                Ikan
i                             Bin                                Terbang
i:                            Mi:                                Ada
u                            Khun                             Awak
u:                           Du:                               Tengok 
ue                          Dueng                           Tarik 
ue:                         Mue:                            Tangan
e                            Pen                                Ialah 
e:                           Ple:                               Buaian 
ae                          laè                                 Dan 
ae:                         Phae:ng                        Mahal 
eu                         Ngeun                           Duit 
eu:                        Deu:n                             Berjalan 
o                           Khon                            Orang 
o:                         Ro:ng                             Buah(Penjodoh bilangan)
oa                         Koà                                Pulau 
oa:                        Phoa:                             Cukup
ia                                                                       
ia:                        Rian                                Belajar 
uea                                                                       
uea:                     Mueang                           Bandar
ua ,                                                                  
ua:                       Klua                                 Takut
au                        Rau                                  Kami
ai                          Pai                                   Pergi
am                       Tham                                Buat


3. Nada

Terdapat 5 nada dalam bahasa thai. Nada atau intonasi dalam bahasa thai adalah penting kerana bagi sesuatu perkataan pada bentuk kata adalah sama tetapi membawa maksud yang berbeza. Berikut adalah bunyi nada dalam bahasa thai:

Simbol       Nada          Perkataan   Makna 
-               Mendatar        Pa                   Baling 
`               Rendah           Pà                   Hutan
ʌ               Menurun         Pâ                    Ibu saudara 
´               Tinggi              Pá                        -
˅               Meninggi        Pă                  Bapa





So that's all for basic thailand language. Sue harap dengan korang baca blog post ni korang akan dapat manfaat. 




Thank u and Bye.
Assalamualaikum and see u soon :))))