PENGANGGURAN DI MALAYSIA
Assalamualaikum and hi semua.
Berjumpa lagi kita pada kalini. Sekarang bulan ramadhan, so macam puasa korang? Ok ke Ko ni hahahahha
Topik kita harini bukan pasal bulan ramadhan tetapi topik mengenai pengangguran. Sebagai student kos ekonomi, sue nak berkongsi ilmu dengan korang mengenai pengangguran.
So apa itu pengangguran?
Pengangguran merujuk kepada tenaga buruh yang sedang mencari dan mahu bekerja untuk mendapatkan tingkat gaji atau upah tertentu. Ia juga terdiri daripada tenaga buruh yang tidak mencari pekerjaan tetapi sedia bekerja jika ditawarkan pekerjaan pada tingkat upah yang tertentu.
Sesebuah negara itu dikira mengalami masalah guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran negara tersebut lebih daripada 4%.
Untuk pengetahuan korang, pengangguran ini ada banyak jenis bukannya satu jenis sahaja. Pengangguran terdiri daripada pengangguran geseran, pengangguran struktur, pengangguran kitaran, pengangguran teknologi, pengangguran bermusim dan pengangguran tidak ketara.
1) Pengangguran Geseran
- Pengangguran yang bersifat sementara dan berlaku disebabkan oleh tindakan pekerja sendiri. Mereka berhenti kerja untuk mendapatkan pekerjaan baharu yang menawarkan sesuatu yang lebih baik seperti gaji yang lebih tinggi dan tempat kerja yang lebih sesuai.
2) Pengangguran Struktur
- Pengangguran ini wujud disebabkan oleh perubahan kegiatan ekonomi daripada satu sektor kepada sektor lain dalam ekonomi. Sebagai contoh, pengangguran ini wujud apabila ekonomi negara berubah daripada ekonomi berorientasikan pertanian kepada perkilangan. Keadaan ini memaksa sebahagian pekerja dalam bidang pertanian menganggur kerana kekurangan keperluan guna tenaga dalam sektor pertanian.
3) Pengangguran Kitaran
- Pengangguran kitaran ini disebabkan oleh pengurangan kegiatan ekonomi yang menyebabkan permintaan terhadap buruh berkurangan. Apabila berlaku kemelesatan ekonomi, firma akan mengurangkan tingkat pengeluarannya. Oleh itu, banyak faktor pengeluaran terpaksa diberhentikan.
4) Pengangguran Teknologi
- Pengangguran teknologi berlaku apabila teknik pengeluaran berubah dari kaedah tradisi kepada kaedah moden. Contohnya, teknik pengeluaran di sektor pertanian berubah daripada pengeluaran berintesikan buruh kepada berintesikan modal yang banyak menggunakan mesin. Ini memaksa mereka yang dahulunya merupakan guna tenaga yang produktif terpaksa menganggur akibat daripada kemajuan teknologi ini.
5) Pengangguran Bermusim
- Pengangguran jenis ini terjadi apabila tempoh pekerjaan sesuatu kegiatan ekonomi berakhir. Sebagai contoh, di sektor pertanian para petani terpaksa menganggur apabila tamat musim menuai.
6) Pengangguran Tidak Ketara
- Pengangguran tidak ketara juga dikenali sebagai pengangguran tersembunyi. Pengangguran ini wujud di kalangan mereka yang tidak menganggur. Contohnya, bila terdapat terlalu ramai pekerja dalam sesuatu pekerjaan sehingga menyebabkan produktiviti sut lebihan tenaga buruh adalah sifar. Pengangguran jenis ini kebanyakkan berlaku di kalangan negara-negara yang mempunyai terlalu ramai penduduk.
So itulah jenis-jenis pengangguran yang mungkin berlaku di Malaysia.
Sue harap ilmu ini dapat membantu korang yang tengah study ekonomi. Dan harap ilmu ini juga akan menjadi ilmu pengetahuan yang baru kepada korang yang tak belajar ekonomi.
Sekian terima kasih. Moga kita berjumpa lagi :))
Waalaikumusalam.
No comments:
Post a Comment