RUJUKAN HORMAT
Assalamualaikum semua.
Apa khabar semua?
Sihat ke semua?
Memandangkan sem lepas sue ada ambil subjek citra bahasa melayu dalam pengurusan pejabat, so harini sue nak berkongsi ilmu dengan korang mengenai bahasa melayu iaitu rujukan hormat berdasarkan nota yang sue dapat daripada kelas tersebut.
Apa itu rujukan hormat?
Merujuk wikipedia, rujukan kehormat ialah frasa yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang kehormat seperti Raja-raja di Malaysia. Rujukan kehormat bermula dengan Yang.
Ada pelbagai rujukan hormat bagi sesuatu jawatan tersebut. Antaranya ialah:
1) Duli Yang Maha Mulia
Gelaran untuk:
- Yang Di-Pertua Agong (memerintah negara)
- Sultan (memerintah negeri)
- Raja (memerintah negeri
2) Yang Maha Mulia
- Raja Permaisuri Melayu (yang telah turun takhta dan baginda masih hidup)
3) Duli Yang Teramat Mulia
Gelaran untuk:
- Raja Muda
- Pemangku Raja
4) Yang Teramat Mulia
Gelaran untuk:
- Keluarga diraja yang terdekat
5) Yang Amat Mulia
Gelaran untuk:
- Keluarga diraja yang berketurunan Raja/Anak Gahara
6) Yang Mulia
Gelaran untuk:
7) Tuan Yang Terutama
Gelaran untuk:
- Yang Di-Pertua Negeri (negeri yang tidak beraja)
8) Yang Amat Berhormat
Gelaran untuk:
9) Yang Amat Berbahagia
Gelaran untuk:
- Tun dan Toh Puan
- Isteri Perdana Menteri
- Isteri Timbalan Perdana Menteri
- Isteri Menteri Besar
- Isteri Ketua Menteri
10) Yang Amat Arif
Gelaran untuk:
11) Yang Berhormat
Gelaran untuk:
- Menteri
- Timbalan Menteri
- Yang Dipertua Dewan Negara
- Yang Dipertua Dewan Rakyat
- Yang Dipertua Dewan Negeri
- Ahli Dewan Negara/ Undangan Negeri
12) Yang Berbahagia
Gelaran untuk:
13) Yang Arif
Gelaran untuk:
14) Yang Amat Setia
Gelaran untuk:
- Yang Amat Setia
15) Sahibul Samahah
Gelaran untuk:
- Mufti
- Pemimpin Islam
16) Yang Berusaha
Gelaran untuk:
- Ketua jabatan tanpa gelaran
Itu sahaja yang sue dapat kongsikan dengan korang. Sue harap penulisan mengenai rujukan hormat ini dapat memberi faedah kepada korang.
Korang kena ingat rujukan hormat ni sangat penting kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Kalau kita tersalah rujukan hormat ini, kita boleh dikira sebagai kurang beradab.
Sekian Terima Kasih.
Moga Kita Berjumpa Lagi.
Waalaikumussalam.
No comments:
Post a Comment