Penipuan Kad Kredit
Assalamualaikum semua.

So kali ini sue nak kongsikan tentang panduan untuk melindungi kad kredit korang. Sue memperoleh ilmu ini daripada pembacaan buku AKPK.
PANDUAN MELINDUNGI KAD KREDIT:
1. Tandatangan kad kredit anda sebaik sahaja menerimanya
2. Jangan biarkan orang lain menggunakan kad kredit anda.
3. Jangan dedahkan nombor PIN kad kredit anda kepada orang lain.
4. Jangan dedahkan butiran kad kredit kepada pihak yang tidak dikenali kerana mereka boleh menggunakannya untuk membuat pembelian melalui telefon, mel atau internet.
5. Pastikan anda memotong kad kredit yang sudah tamat tempohnya setelah menerima kad gantian untuk mencegah pengklonan atau penyalahgunaan kad.
6. Periksa semua butiran pada slip bayaran sebelum menandatangani.
7. Simpan semua slip bayaran untuk disemak dengan penyata yang akan diterima kelak.
8. Simpan kad kredit pada tempat yang sama di dalam dompet atau tas tangan agar anda tahu serta-merta jika kad kredit hilang atau dicuri.
9. Laporkan segera kepada pihak pengeluar kad kredit sekiranya kad kreidt anda hilang, dicuri, atau terdapat transaksi yang tidak sah. Jika anda tidak melaporkannya, anda bertanggungjawab ke atas semua transaksi tersebut sehingga laporan dibuat.
So itulah 9 panduan untuk melindungi diri kita daripada kes penipuan kad kredit. Harap ia dapat membantu kita semua. Ingat, walaupun kita sentiasa berwaspada terhadap transaksi palsu dan penipuan, kita juga perlulah mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.
Thank u, Bye and Assalamualaikum :))))
No comments:
Post a Comment