ADAB-ADAB BERDOA
Assalamulaikum and hi guys.
Topik blog lepas adalah watu mustajab untuk berdoa.
So harini pula sue nak berkongsi adab-adab berdoa.
Antara adab-adab berdoa adalah:
1. Hamdalah
- Doa perlu dimulakan dengan menyebut hamdalah, iaitu pujian untuk Allah SWT serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
2. Menyesali dosa
- Orang yang berdosa harus mengakui dan menyesali dosa-dosa yang sudah dilakukan.
3. Bersunggguh-sungguh
- Ketika berdoa, kita perlulah bersungguh-sungguh dan menetapkan hajat dengan jelas.
4. Berwuduk dan menghadap kiblat
- Seseorang yang mahu berdoa adalah lebih baik dia berada dalam keadaan berwuduk, menghadapi kiblat dan mengangkat tangan ke atas. Ini menunjukkan kesungguhan seseorang meminta hajat bukan dalam keadaan tidak serius dan bermain-main.
5. Merendahkan suara
- Kita perlu merendahkan suara ketika berdoa. Ini menunjukkan rasa kerdil dan hina kita kepada Tuhan yang kita mohon supaya hajat kita dimakbulkan.
6. Menjauhi sajak dan puisi
- Doa juga tidak harus dan tidak elok jika dibaca dengan kalimah-kalimah berbentuk sajak ataupun puisi. Hal ini kerana orang yang berdoa harus dalam keadaan merendah diri, sedangkan perbuatan bersajak dan berpuisi seperti itu tidak baik.
7. Mendoakan kebaikan
- Ketika berdoa, kita tidak boleh mendoakan perkara yang tidak baik untuk orang lain, kepada diri kita sendiri, keluarga dan harta benda.
Itu sahaja yang sue dapat kongsikan.
Berdoa lah tidak kira kita dalam kesusahan atau kegembiraan kerana doa itu adalah pelindung daripada kezaliman dan kesulitan.
Sekian terima kasih ;)))
No comments:
Post a Comment