Thursday 16 May 2019

Kebaikan Mengurus Hutang Secara Bijak

                Mengurus hutang secara bijak




Assalamualaikum semua. Harini sue berkongsi dengan korang mengenai kebaikan mengurus hutang dengan bijak berdasarkan informasi yang terdapat dalam buku AKPK yang sue baca.

Untuk pengetahuan korang, hutang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. 

Kenapa?

Kerana memandangkan kebanyakkan daripada kita tidak mampu untuk membeli semua keperluan yang dikehendaki secara tunai, maka mereka menggunakan hutang untuk membelinya.

Hutang ini jika digunakan secara bijak, ia boleh menjadi alat yang berguna untuk membantu mencapai matlamat kewangan kita. Jadi, hutang bukan lah sesuatu yang tidak baik kerana ia membolehkan kita memiliki apa yang kita inginkan dengan lebih cepat dan selesa.

Tetapi hanya dengan displin diri dan dorongan yang teguh sahaja membolehkan kita mengurus hutang kita dengan bijak. Berikut adalah beberapa kebaikan apabila kita mengurus hutang dengan bijak, efektif dan efisien:

1. Pengurusan aliran tunai yang lebih baik
2. Pengurusan kekayaan yang lebih baik
3. Mengelak bayaran lewat dan caj penalti
4. Mengurangkan kos pinjaman
5. Meningkatkan kedudukan kredit
6. Mengelakkan gangguan atau tindakan undang-undang
7. Hubungan keluarga yang lebih baik


Haaa itulah kebaikan mengurus hutang dengan bijak.

Walaubagaimanapun,  kita 
perlulah mengawal pengambilan hutang yang dibuat. Kerana jika kita mengambil hutang dengan cara yang berlebihan, kita mungkin akan menghadapi kesulitan untuk membayarnya walaupun kita mengurusnya dengan bijak. Ini boleh mendatangkan masalah kewangan kepada kita. Adalah penting untuk mengurus hutang secara bijak dengan mengikut kemampuan dan tidak membuat komitmen kewangan yang melebihi kemampuan kita. 


Ingatlah bahawa pengurusan hutang yang baik akan membantu kita mencapai matlamat kewangan dengan lebih cepat dan sebaliknya pengurusan hutang yang lemah akan memberikan kesan negatif terhadap kehidupan kita.

So guys itulah kebaikan mengurus hutang dengan bijak, Sue harap ia dapat membantu korang.

Terima kasih dan moga kita berjumpa lagi :))))



No comments:

Post a Comment