Monday, 15 April 2019

Langkah Keselamatan Menghadapi Jerebu

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KETIKA MENGHADAPI JEREBU


Assalamualaikum and hi guys!

"Apa itu jerebu?"

Jerebu ialah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel seperti gas-gas,debu , habuk dan zarah di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.



So tahun 2019 bulan Mac digempari lagi dengan kes jerebu. Tapi kali ini tak seteruk tahun-tahun lepas. Tapi jangan lupa even tak teruk mana jerebu ni, ia akan tetap bagi effect buruk kepada kita. Sebagai contoh, sue sendiri yang kena effect buruk tu. Muka dan badan sue jadi menggerutu and then gatal dan pedih. Ini disebabkan oleh udara kotor tu. So thats why kita kena tahu langkah-langkah keselamatan untuk menghadapi jerebu ini. Langkah-langkah keselamatan bagi menghadapi jerebu ialah:


1. Kurangkan akiviti luar yang lasak 
Masyarakat dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti luar seperti beriadah, bersukan dan sebagainya. Banyakkan aktiviti di tempat tertutup seperti rumah, office, dan sebagainya bagi mengelakkan terhidu udara yang tidak sihat. Pastikan juga tingkap dan pintu rumah, office dan lain-lain ditutup bagi mengelakkan udara kotor masuk ke dalam.

2. Memakai "surgical mask" atau topeng muka jerebu
Apabila hendak keluar ke tempat terdedah dengan udara yang tidak sihat, masyarakat dinasihatkan agar memakai surgical mask atau topeng muka jerebu. Mask ini dapat melindungi saluran pernafasan daripada cecair dan air liur serta partikel(gas-gas, debu, habuk, zarah) bersaiz besar.  Dan pastikan juga mask lebihan yang bersih dibawa ke mana sahaja anda pergi.

3. Kerapkan membasuh bahagian yang terkena jerebu

Pastikan bahagian badan yang kerap terkena udara kotor seperti muka dibasuh agar udara kotor yang terkena pada muka tersebut tidak menyebabkan gatal dan sebagainya. Untuk lebih selamat, masyarakat dinasihatkan mandi dengan kerap supaya badan sentiasa dalam keadaan yang baik.

4. Minum air yang secukupnya
Pastikan air diminum dengan secukupnya untuk mengelakkan badan mengalami kekurangan air dan sakit tekak yang disebabkan oleh cuaca panas. Kerana jerebu berlaku disebabkan oleh cuaca yang sangat panas. Sentiasa membawa air ke mana sahaja anda pergi.

5. Berjumpa dengan doktor
Dinasihatkan semua masyarakat perlu berjumpa dengan doktor terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi apabila menghadapi tanda-tanda yang disebabkan oleh jerebu seperti sakit tekak, gatal-gatal, sesak nafas dan sebagainya. Ini dapat menggelakkan kesan tersebut menjadi lebih teruk.





So guys, itulah tips-tips yang saya dapat kongsikan. Harap ia dapat memberi faedah kepada kalian semua. Bye and Assalamualaikum :))))

No comments:

Post a Comment