Penipuan Kewangan
Assalamualaikum and hi semua.
Zaman sekarang banyak sangat kes penipuan wang yang menyebabkan seseorang itu bankrupt. Ini disebabkan oleh masyarakat sekarang yang tidak memikir panjang untuk melabur pada mana-mana syarikat tidak kira ia adalah syarikat sah ataupun tidak.
"Skim Cepat Kaya"
Apabila menggunakan wang hasil titik penuh anda untuk pelaburan, anda haruslah berwaspada terhadap skim cepat kaya. Selalunya, skim ini menjanjikan pulangan yang tinggi dengan risiko yang rendah atau tanpa risiko. Skim cepat kaya sering kali dipromosikan melalui pelbagai saluran seperti internet dan sistem pesanan ringkas (sms). Sekiranya anda berhadapan dengan skim seperti ini, anda perlu lebih berhati-hati. Jika skim tersebut nampak terlalu menguntungkan, berkemungkinan besar ia adalah suatu skim penipuan kewangan.
"Antara tanda petunjuk skim penipuan kewangan"
1. Menjanjikan pulangan tinggi antara 5% hingga 20% sebulan tanpa risiko atau dengan risiko yang rendah.
2. Tawaran itu hanya bagi jangka masa terhad dan anda diminta menyertainya dengan segera.
3. Skim itu berasal dari negara luar dan anda tidak dapat menyiasat pejabatnya dan memastikan statusnya.
4. Anda diminta mendedahkan maklumat sulit peribadi seperti nombor bank akaun anda.
5. Anda diminta mendeposit sejumlah wang untuk bayaran pemprosesan dan pentadbiran.
Petua utama ialah janganlah bersikap tamak. Berbincang dahulu atau semak dengan kawan-kawan dan keluarga anda ataupun bertanya kepada para profesional sama ada peluang sedemikian tulen ataupun tidak. Langkah ini adalah wajar walaupun skim tersebut diperkenalkan oeh seseorang yang rapat dengan anda.
Selidik tentang tawaran tersebut. Berwaspada sekiranya pelaburan tersebut menawarkan pulangan yang tinggi, berisiko rendah dan tanpa kos pelaburan kerana tidak mungkin sesuatu usaha niaga dapat memberikan semua ini.
Thank you and byeeeee :)))
No comments:
Post a Comment