Tuesday, 23 April 2019

Masalah Kewangan

                        Masalah Kewangan


Assalamualaikum and hi semuaaaaaaa.


Kewangan menjadi musuh utama semua individu dalam menjalani kehidupan yang kian berkembang kini. Zaman sekarang ramai yang menghadapi masalah tidak kira muda ataupun tua. Masalah kewangan ini berpunca daripada sikap individu yang boros, bebanan hutang yang banyak dan pengagihan kewangan yang tidak bijak.

Ada sesetengah individu sedar bahawa mereka mengalami masalah kewangan dan ada juga yang tidak sedar tentang perkara itu. Oleh itu, terdapat beberapa tanda menghadapi masalah kewangan di bawah untuk meyedarkan golongan tersebut dan sekaligus masalah kewangan dapat diatasi.


TANDA-TANDA MASALAH KEWANGAN


Kad Kredit

  • Membayar baki minimum sahaja setiap bulan.
  • Baki tertunggak meningkat setiap bulan.
  • Menggunakan kad pada had maksimum.
  • Kerap mengambil pendahuluan wang tunai.
  • Tidak membayar dan lewat membuat bayaran.
  • Kad kredit dibatalkab oleh pihak pengeluar kad.

Pinjaman
  • Kerap kali menggunakan overdraf atau kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa.
  • Menerima notis bayaran daripada pemiutang kerana tidak membayar hutang.
  • Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit tidak memuaskan.
  • Meminjam wang daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang.
  • Kerap kali dihubungi oleh pihak pemungut hutang.



Simpanan
  • Menggunakan simpanan pada kadar yang membimbangkan.
  • Mempunyai sedikit ataupun tiada langsung simpanan untuk membiayai perbelanjaan kecemasan.

Perbelanjaan
  • Mengharapkan gaji semata-mata untuk menampung perbelanjaann hidup.
  • Bergantung kepada kerja sampingan, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membiayai sara hidup.
  • Tidak mengetahui berapa banyak hutang sehinggalah penyata diterima.
  • Kerap kali bertengkar dengan pasangan mengenai wang.


Harap ia dapat membantu anda untuk mengenalpasti samada anda menghadapi masalah kewangan ataupun tidak.

Thank you dan byeeeeee :)))

No comments:

Post a Comment