Wednesday 3 April 2019

Tips mohon UPU

           TIPS -TIPS UNTUK MOHON UPU


Assalamualaikum and hi everyone. 
Dengan cerita result spm dan stpm dah keluar kan. So apa tunggu lagi isi upu lah geng!

"Tak tahu nak isi?'
"Blur step yang mana satu kena buat dulu?"

Takpe geng. Sue ada untuk menyelasaikan masalah korang. cewahhhhhh hahhahaha. Btw sebelum sue jelaskan tips-tips macam mana nak mohon upu ni, sue ingin mengucapkan setinggi-tinggi congrats kepada korang yang dah dapat result. Tak penting result tu woww gempakk or euuuuu hampehhh ke its okay yang penting korang jangan give up. Sebab perjalanan korang masih jauh. Spm bukan pengakhirannya. Jujur sue cakap result spm sememangnya penting tetapi ia bukan menentukan segala-galanya. Okay back to the topic, there's 12 ways to apply UPU online.

1. Beli no pin ID BSN yang berharga RM 15.64 termasuk GST.
Korang pergi je BSN memana and korang isi borang yang berwarna biru. Tulis kat situ pembelian no pin dan harga sekali iaitu RM 15.64.

2. Pastikan kategori yang betul.
Korang kena pastikan korang lepasan apa samada lepasan SPM, STPM, MATRIKULASI atau DIPLOMA. Lepas dah confirm korang lepasan apa, bagitau je dekat pegawai bank tu dengan membawa bersama kertas biru tu " Saya nak beli no pin untuk isi UPU bagi lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Diploma."

3. Buka portal rasmi UPU di http://upu.moe.gov.my/web/
Korang buka lah webiste UPU dekat Google or Internet or Mozila. Tak kisah kat memana.

4. Langkah seterusnya semak syarat E-Panduan dengan teliti.
Lepas korang buka portal UPU tu, korang jangan main terjah terus isi. Korang kena baca dulu panduan macam mana untuk isi UPU online ini. Nanti kang tak pasal-pasal kena beli no pin BSN yang baru.

5. Isi permohonan online.
Korang isi permohonan mengikut lepasan korang tau. Kalau silap isi kang tak pasal-pasal permohonan tu tidak diproses nanti.

6. Pastikan mengisi setiap maklumat yang bertanda star dengan lengkap.
Make sure korang isi semua yang ada star tu dengan lengkap dan betul. Sebab maklumat yang bertanda star tu adalah sangat penting. Kalau korang tak isi benda tu, permohonan korang tidak boleh dihantar nanti.

7. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan.
Korang kena buat pilihan yang betul tau universiti dan kos yang mana korang nak. Jangan ikut kawan tau. Pilih universiti dan kos yang sesuai dengan result korang i mean sesuai dengan kelebihan yang korang ada. Letak universiti dan kos yang korang paling suka pada pilihan 1 dan seterusnya. 

8. Isi sampai habis.
Isi sampai habis tau. Jangan bergurau waktu nak isi. Be serious geng sebab inilah yang akan menentukan korang further study dekat mana nanti.

9. Klik " SAH & HANTAR"
Lepas korang siap isi semua maklumat, korang klik button sah dan hantar. Jangan klik button apa entah sue tak ingat nama button tu. Tapi button tu ada di sebelah button "Sah & Hantar" tak silap. Sebab button sebelah button "Sah & Hantar" tu akan menyebabkan permohonan korang tak dihantar. Button tu ibarat just save kita punya permohonan tapi tak dihantar.

10. Cetak slip permohanan.
Korang kena print slip permohonan korang. Ia bertujuan untuk dijadikan sebagai bukti yang korang dah isi permohonan UPU online kalau berlaku apa-apa masalah nanti.

11. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Simpan slip tu elok-elok tau. Hilang nanti susah.

12. Semakan permohonan dan kemaskini permohonan.
Nanti akan diberi masa maybe dalam seminggu untuk korang kemaskini balik korang punya permohonan. Waktu tu jangan lepaskan peluang untuk kemaskini. Sebab waktu tu je korang boleh ubah balik pilihan yang korang dah buat. Kemaskini permohonan jangan dibuat last minit ye sebab beribu-ribu orang yang kemaskini permohonan. Sue takut nanti website crash takleh masuk. Nanti akan ada tarikh bila keputusan UPU keluar, so check lah ye.


Terima kasih korang yang mana sudi membaca tips-tips ini. Harap ia akan membantu korang dalam mengisi UPU online. GOOD LUCK, THANK YOU AND BYE BYE!!!

No comments:

Post a Comment