Tuesday 9 April 2019

Tabiat Menabung

MEMUPUK TABIAT MENABUNG



Assalamualaikum dan hello everyone.
So harini sue nak berkongsi panduan untuk memupuk tabiat menabung. Menabung adalah amalan yang sangat digalakkan untuk dilakukan kerana ia membantu kita dalam mendapatkan sesuatu yang kita inginin seperti rumah dan boleh digunakan ketika berlakunya kecemasan tanpa membuat sebarang pinjaman.

Korang dinasihatkan  agar menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan korang. Malah, lebih baik jika korang boleh meningkatkan tabungan kepada 15% hingga 20% kerana korang akan mempunyai lebih banyak wang untuk masa depan nanti.



PANDUAN MEMUPUK TABIAT MENABUNG :


1. Menabung sebelum berbelanja.

  • Menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan korang
  • Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto-debit atau cara lain yang serupa.



2. Dorong diri korang dengan menetapkan matlamat kewangan.
  • Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk mengalakkan diri korang. Korang boleh menetapkan matlamat jangka pendek, jangka sederhana, dan jangka panjang.


3. Jadikan tabiat menabung suatu cabaran.

  • Selepas menabung 10% daripada pendapatan korang, cabar diri korang untuk meningkatkan jumlah tabungan secara beransur-ansur.


4. Simpan sebahagian daripada 'Durian Runtuh'.
  • Setiap kali korang menerima wang seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam akaun simpanan korang.
  • Jika korang menerima kenaikan gaji, tingkatkan jumlah tabungan bulanan korang.

So that's the guide to make saving. Hope it can help you guys.
Bye and Assalamualaikum.





No comments:

Post a Comment