Monday 18 March 2019

Cinta tak seharusnya dimiliki

      CINTA TAK SEHARUSNYA MEMILIKI

Assalamualaikum and hello holla everyone!!! So berjumpa lagi kita yaaa.Semua sihat ke? Ke ada yang tengah putus cinta or kena ditinggalkan oleh seseorang yang sayang haaaaa

Okay harini sue nak berkongsi dengan korang mengenai tips mengikhlaskan hati untuk melepaskan seseorang yang bukan ditakdirkan untuk kita.


"CINTA TAK SEHARUSNYA MEMILIKI"
"TIDAK BISA MEMILIKINYA BUKAN BERERTI BERHENTI MENYAYANGI DAN MECINTAINYA"

Mencintai seseorang bukan bererti kita harus memilikinya. Kerana dengan melihat orang yang kita cintai sudah boleh membuatkan kita bahagia. Maksud mencintai seseorang itu ialah tulus  mencintai orang lain dengan belajar untuk bertanggungjawab untuk mencintai diri sendiri dan orang lain, serta bertanggungjawab atas perasaan diri sendiri. Mencintai juga bermaksud kita belajar untuk mencurahkan perhatian, kasih sayang, dan menghargai orang lain. Jika kita memaksa seseorang itu untuk stay disisi kita walaupun mereka tidak bahagia, itu bukan dinamakan mencintai seseorang, itu dinamakan memetingkan diri sendiri. So belajarlah untuk melepaskan seseorang jika mereka tidak bahagia apabila berada disisi kita. Mungkin dengan berbuat sedemikian mereka akan bahagia bersama dengan orang lain dan begitu juga dengan kita.Okay terdapat 3 tips untuk ikhlaskan hati untuk sue kongsikan dengan korang:


1. Berfikir secara positif
Dalam hidup ini bunga bukan sekutum, kumbang bukan seekor. So apabila menghadapi situasi dimana sukar untuk melepaskan seseorang yang kita cintai, maka cubalah korang berfikiran positif dan jangan cepat berputus asa. Allah swt telah menjanjikan setiap orang ada jodohnya cuma ia menjadi rahsia bagi kita makhluknya. Korang perlu sentiasa berbicara dengan hati korang sendiri dengan cara selalu berkata "dia bukan jodoh aku, ada seseorang yang lebih untuk aku, dia lebih bahagia bersama si dia".Dengan cara itu, lama kelamaan korang akan sedar dan dapat menerima perpisahan tersebut.


2. Sedar bahawa cinta tak semestinya dimiliki
Cinta tidak seharusnya dimiliki. Cinta seharusnya dihargai. Mencintai seseorang bukan bererti kita akan mengkhawini dia. Cinta yang tulus adalah dimana seseorang itu ikhlas menerima perpisahan yang terjadi dan bahagia melihat dia bahagia bersama orang lain. Seseorang itu juga akan menghargai apapun keputusan yang dibuat oleh dia. Kita patut melepaskannya kerana even dia berada disisi kita dia juga tidak bahagia. Adakah itu dinamakan cinta? Semestinya bukan, itu adalah memetingkan diri sendiri. So apabila berlakunya perpisahan, kita perlu sedar yang dia bukan ditakdirkan untuk kita. Percayalah dengan melihat dia bahagia tidak kira dengan sesiapa pun ia sudah cukup untuk membuatkan kita gembira dan bahagia.





3. Berhenti menangis
Menangis bukan jalan penyelesaian. Menangis juga tidak akan mengubah apa yang terjadi. Berhentilah menangis dan bangkit!!! Bangkit untuk mencari kebahagiaan korang. Semua orang berhak untuk bahagia. Apabila korang bangkit daripada kesedihan tersebut, insyaAllah korang akan dapat mengikhaskan hati untuk melepaskannya.



So korang itulah 3 tips yang sue nak kongsikan. Sue harap tips-tips ni dapat membantu sesiapa yang tengah menghadapi masalah untuk melepaskan seseorang yang bukan jodoh kita. Ingat semua orang ada jodohnya cuma masa itu yang berbeza, lambat atau cepat. Stay strong no matter what happens cuz life isn't fun without problems hahahaha okay bye and thank you guyssssss 💖💖💖

No comments:

Post a Comment