Thursday 28 March 2019

Kawad Kaki

                         KAWAD KAKI

Assalamualaikum and selamat sejahtera guys. 

Harini formal sikit sebab harini sue nak ceritakan dekat korang mengenai kawad kaki. Sue ada pengalaman dalam kawad kaki ni. Sue start aktif kawad kaki ni sejak sekolah menengah lagi iaitu form 3. Sue belajar kawad kaki ni dari Persatuan Kadet Polis Wanita dekat sekolah dulu. Sejak form 3 sampailah form 5 sue aktif dalam kelab tu. Sue ada banyak sangat pengalaman dalam kawad kaki ni, antaranya kena push up kalau ada buat silap sampai seluar dekat bahagian lutut terkoyak sebab banyak kali kena push up and ada one day tu sue kena berkawad dalam hujan sebab tak buat betul-betul hahaha but its okay, that experience taught me to be more strong. Bagi sue, kawad kaki adalah antara salah satu benda yang sue suka untuk buat. Agak-agak kenapanya? Okay sebelum tu, korang faham tak apa itu kawad kaki? Takpelah let me expalin all about it :))))

1. MAKSUD KAWAD KAKI:

Kawad kaki ialah pergerakkan anggota  badan seperti kaki dan tangan untuk tujuan perbarisan.

2. TUJUAN KAWAD KAKI:

(i) Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia.
(ii) Membentuk anggota kumpulan supaya berkerjasama dalam satu kumpulan.
(iii) Untuk membentuk ahli pasukan yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, cergas dan taat perintah.

3. JENIS-JENIS KAWAD KAKI:

(i) Kawad Statik 
(ii) Kawad Dinamik
(iii) Kawad Asas
(iv) Kawad Formasi
(v) Kawad Kehormatan

4. BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI (UMUM):

1. Sedia
" Baris... Baris sedia!"
2. Senang diri
" Senang diri"
3. Rehatkan diri
"Rehatkan diri"
4.Berpusing ke kanan
"Bergerak ke kanan... Ke kanan sing/pusing"
5. Menghadap ke hadapan (Situasi dimana berpusing ke kanan)
" Baris akan menghadap ke hadapan... Ke kiri...pusing"
6. Berpusing ke kiri
"Bergerak ke kiri... Ke kiri sing/pusing"
7. Menghadap ke hadapan (Situasi dimana berpusing ke kiri)
"Baris akan menghadap ke hadapan... Ke kanan... pusing"
8. Berpusing kebelakang
"Baris akan menghadap ke belakang... Ke belakang peusing"
9. Berpusing ke hadapan (Situasi dimana berpusing ke belakang)
"Baris akan menghadap ke hadapan... Ke belakang pusing"
10. Langka ke sebelah
"1/2/3 langkah ke kanan/kiri.... Gerak"
11. Hentak kaki
"10 kali hentak kaki... Gerak"
12. Buka/Tutup barisan
"Buka/Tutup barisan.... Gerak"
13. Luruskan barisan
"Ke kanan.... Lurus"
14. Jatuhkan tangan (Situasi dimana luruskan barisan)
"Pandang.... Depan"
15. Hormat
"Hormat, hormat kehadapan.... Hormat"

5. KESALAHAN BIASA DALAM KAWAD KAKI:

(i)  Hentak kaki tidak serentak 
(ii) Hentak kaki tendang kuda
(iii) Kaki diangkat bukan pada 45 darjah
(iv) Ayunan tangan tidak sama (ada laju, ada slow)



So itulah semua mengenai kawad kaki yang sue tahu dan dapat kongsikan dengan korang. I suggest you guys should join the kawad kaki because that's a lot benefit we get from it such got to know new friends, it help you to be more dicipline, strong and so on. 



THANK YOU AND BYE 😘

7 comments:

  1. Apakah kegunaan kawad kaki dinamik atau asas, formasi dan Kehormatan?

    ReplyDelete
  2. Sue, apakah yg dimaksudkan dgn kawad senyap.?

    ReplyDelete
  3. Kalau pergerakan setakat pinggang dan ke atas,apa kedudukan yang dimaksudkan?

    ReplyDelete
  4. Nak tnya, knpa perlakuan memaras barisan tu perlu?

    ReplyDelete
  5. Itu Tali di atas bahu ni macam mana panggil dalam Bm sebab I nak cari dengan nama ridak tapi searched not found...

    ReplyDelete