Wednesday 20 March 2019

Doa senjata utama umat islam

       WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA



Assalamualaikum semua. Berjumpa lagi kita pada kali ini.
Apa khabar semua? Sihat ke tak? Sue harap semua sihat yaa.
So harini sue nak berkongsi ilmu mengenai doa.


Apa itu doa?

Doa adalah senjata utama umat islam.

Kenapa?

Kerana pada setiap hari kita mempunyai masalah dan kemaslahatan yang menduga iman dan jiwa. Kadangkala kita kuat dan kadangkala kita juga lemah. Maka, doa menjadi senjata utama kita bagi meleraikan semua kesempitan dan kesesakan jiwa kita.

Terdapat beberapa waktu yang mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah:



1.   Sewaktu malam Lailatul Qadar



2.   Ketika hujan turun



3.   Ketika memulakan dan selesai solat



4.   Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan


5.   Pada waktu tengah malam ataupun pada satu per empat malam



6.   Antara azan dan iqamah



7.   Ketika sujud dalam solat



8.   Ketika iktidal akhir dalam solat



9.   Ketika khatam membaca 30 juz Al-Quran


10. Sepanjang malam, paling utama satu per tiga awal dan satu per tiga akhir (waktu sahur)



11. Pada malam jumaat dan sepanjang hari jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (waktu diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar sehingga terbenam matahari pada hari jumaat)


12. Antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laa ilaaha illallah (kalimah terakhir azan) sehingga memulakan solat (allahuakbar)


Itu adalah antara waktu yang mustajab untuk berdoa berdasarkan apa yang sue baca dalam buku Tuhan, Izinkan Aku Merintih karya Tengku Nurhusni Tengku Ab Razak.

Sue harap perkongsian ini dapat memberi faedah kepada semua.
Moga hidup kita bertambah baik dan diberkati oleh Allah SWT.

Sekian, Terima Kasih.











No comments:

Post a Comment