Tuesday 26 March 2019

Keburukan media sosial

             KEBURUKAN MEDIA SOSIAL


Assamualaikum and hi semuaaaaa! Berjumpa lagi kita kali ini. Sihat ke semua? Sue harap semua sihat ye dari segi mental dan fizikal. 
So harini sue nak kongsikan sedikit mengenai media sosial. Seperti kita maklum, media sosial ini mendatangkan kesan negatif dan positif kepada kita kan. Tapi pada pendapat sue media sosial ni lebih mendatangkan kesan negatif berbanding positif. Jadi sue akan senarai dan terangkan beberapa kesan negatif media sosial secara ringkas.

  "APA ITU MEDIA SOSIAL"


Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. (Wikipedia)


 4 KESAN NEGATIF UTAMA YANG DIALAMI OLEH MASYARAKAT:


1. Cyber Bully

Cyber bully atau buli siber bermaksud perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.Buli siber ini adalah penderaan pada emosi mangsa bukannya fizikal. Buli siber ini boleh menyebabkan seseorang tersebut mengalami depression atau stress dan mungkin kehilangan self-confident. Ini adalah kerana buli siber dilakukan melalui media sosial mangsa tersebut. Sebagai contoh, meletakkan komen yang berunsur negatif pada gambar yang diupload oleh mangsa, menghantar mesej yang tidak senonoh, menyalahgunakan account mangsa untuk sesuatu niat yang tidak baik dan sebagainya.



2. Komunikasi antara orang lain berkurangan

Media sosial seperti Facebook, Instagram, Snapchat dan sebagainya menyebabkan seseorang itu leka dengan aktiviti yang dilakukan menggunakan application tersebut. Ini menyebabkan minat mereka untuk berinteraksi dengan orang sekeliling hilang. Mereka lebih memilih untuk melayani media sosial tersebut berbanding orang disekeliling mereka. Sebagai contoh, apabila ibubapa mengajak anak untuk makan bersama-sama di meja makan, mereka rela untuk tidak makan sekali dengan ibubapa semata-mata demi media sosial tersebut. Ini boleh menyebabkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain semakin berjauhan.





3. Terdedah kepada pornografi
Media sosial adalah luas dan ia adalah dunia internet tanpa sempadan.Maka  banyak perkara-perkara negatif dari negara Barat ada di dalam aplikasi media sosial seperti di Youtube. Masyarakat tidak kira anak-anak masih kecil, remaja atau ibubapa sangat terdedah dengan perkara tersebut seperti video lucah dan sebagainya. Apabila seseorang itu terjebak dengan perkara ini, ia akan menjadi satu habit dan sekaligus ia akan menyebabkan rosaknya akidah dan berlaku jenayah lain seperti rogol, meraba dan sebagainya.

4. Tidak produktif

Media sosial menyebabkan seseorang itu leka dengan perkara tersebut. Seseorang yang melayani media sosial tidak melakukan pergerakkan yang banyak. Jadi tubuh badan mereka tidak mengeluarkan peluh atau toksik-toksik yang tidak elok. Ini akan menyebabkan mereka mudah jatuh sakit dan sebagainya.




BYE AND THANK YOU :)))




No comments:

Post a Comment