Tuesday 5 March 2019

Syurga Makanan yeah!

SYURGA MAKANAN

Assalamualaikum and hi guys!
I'm back. Sue's back!

So guys, syurga makanan? Where's it? 
Ofcourse syurga makanan tu dekat Kelantan atau negeri Cik Siti Wan Kembang. Untuk pengetahuan korang Sue ni orang Kelantan. Pure Kelantan. Kelantan asli gitewwww 💘
Kelantan dipanggil sebagai syurga makanan sebab terdapat banyak jenis makanan yang sedap lazat serta unik. Makanan dekat Kelantan ni pelik tapi sedap kan. Jom kita kenali makanan-makanan dekat Kelantan. Ayukssssss 
    " tok kenal mako tok cinta" - ore tuo dulu kato

3 Makanan Unik Kelantan :

1. Nasi Kerabu


Nasi kerabu merupakan hidangan nasi Melayu, sejenis nasi ulam dimana nasinya berwarna biru dan dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, jeruk dan sayur yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga kembang telang yang digunakan dalam masakan itu. Nasi ini boleh juga dimasak sebagai nasi putih atau nasi menggunakan kunyit. Ia sering dimakan dengan solok lada dan juga dimakan dengan keropok goreng.


Tak makan nasi kerabu dalam sebulan memang tak sah! 
2. Budu
Budu ialah sejenis sos ikan yang cukup terkenal di Negeri Kelantan yang biasanya dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman. Ia diperbuat daripada ikan bilis dan garam yang diperam sehingga memberikan rasa dan bau yang unik. Bukan sahaja rasanya yang sedap malah ia juga sumber terbaik Vitamin B12 dan garam galian seperti kalsium, natrium, magnesium, zat besi dan fosforus.


Takde budu ni tak selera anak jati Kelantan nak makan nasi!
3. Etak (Etok)
Etak atau ada juga yang panggil etok-etok merupakan sejenis hidupan seperti kerang. Tetapi yang menariknya ia hanya popular di Negeri Kelantan. Mungkin di tempak lain juga ada, cuma ianya tidak sepopular di sana.


Pergi Pasar tani tak beli etok memang tak sempurna hidup!
So guys, makanan di atas tu antara 3 makanan yang paling Sue suka! Setiap kali balik kampung mesti cari etok, budu, dan nasi kerabu. 
You guys patut try. Seriuosly it will never disappoint you all!
Sedak do'oh makane Kelate 💗💗💗💗






           

No comments:

Post a Comment