Monday 11 March 2019

Menariknya negeri Cik Siti Wan Kembang

        MENARIKNYA NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG



Assalamualaikum and hi guys! Sue's back!!! So harini sue nak bercerita dengan korang pasal menariknya Kelantan iaitu Negeri Cik Siti Wan Kembang. Okay Kelantan ni bukan sahaja penuh dengan makanan yang sedap,unik, dan berpatutan. Tetapi Negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga banyak dengan tempat yang menarik, tenang dan selesa. Tempat menarik di Kelantan ni lebih kepada tempat seperti kawasan pasar, tempat makanan yang menarik, air terjun dan pantai-pantai. Antaranya ialah ;;;


1. Pantai Cahaya Bulan

Kelantan ni terkenal dengan banyak pantai-pantai yang bersih, cantik dan menenangkan. Antara salah satu pantai yang terkenal di Kelantan ialah Pantai Cahaya Bulan atau dikenali sebagai PCB. Okay PCB ni, pantainya luas, bersih dan menarik untuk korang beriadah pada waktu petang bersama orang tersayang seperti kawan-kawan dan keluarga.Selain itu, PCB ni juga sesuai untuk kita menenangkan hati dan diri kita yang sentiasa sibuk dengan kehidupan. Menariknya PCB dan sesuainya PCB ni untuk dijadikan tempat riadah ini adalah kerana terdapat banyak jenis makanan ringan yang sedap dan murah seperti jagung rebus,‘colek’,air kelapa dan maggi ketam yang dijual di tepi pantai. Ia sesuai untuk dimakan sambil melihat matahari terbenam.


2. Wakaf Che Yeh

Wakaf Che Yeh or WCY ni dekat dengan rumah sue. Okay dekat Wakaf Che Yeh ni beroperasi 24jam lah senang cerita. Yelah pada waktu siang terdapat pasar tani yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran, lauk-pauk dan buah-buahan. Ia menjadi tempat kesukaan para ibu-ibuan. Manakala pada waktu malam pula, terdapat pasar borong atau dikenali sebagai pasar malam. Okay pasar borong ni besar gila! Memang penuh dengan orang dekat sana even hari biasa. Apatah lagi kalau hari raya, masyaAllah memang nak jalan pun susah. Dekat pasar borong ni ada pelbagai jenis barangan terutama sekali pakaian seperti kain pasang dan tudung. Barangan-barangan lain yang dijual di sini adalah seperti jersi bola sepak, jam tangan replika, tuala, kasut bundle, toto dan banyak lagi. Hati-hati kalau datang ke sini, sedar tak sedar, boleh licin duit poket haaa. Pokai pokaiii hahahhaha







3. Lata Beringin

Selain daripada terkenal dengan pantai-pantai yang menarik dan tempat menjual pelbagai makanan yang unik, Kelantan juga terkenal dengan kawasan air terjun dan jeram yang indah dan tenang. Sebagai contoh lata beringin, air terjun jelawang,air terjun jeram linang, jeram pasu dan jeram mak nenek. Bagi sesiapa yang mengalami stress bolehlah datang ke Lata Beringin ni untuk menenangkan diri dan menghilangkan stress korang tersebut kerana dekat sini pemandangannya sangat cantik iaitu air terjun yang bertingkat-tingkat. Aktiviti yang korang boleh lakukan dekat sini except mandi air terjun, korang juga boleh jungle trekking, berkhemah, memancing dan berkelah.




4. Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Sesiapa yang melancong or datang Kelantan memang tak sah kalau tak pegi Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor ini. Tempat ini adalah antara salah satu syurga bagi kaum wanita kerana terdapat pelbagai jenis barangan dengan harga yang berpatutan seperti periuk belanga, pinggan mangkuk, coklat, handbag dan sebagainya. Selain itu, tempat ini juga dipenuhi dengan makanan ringan seperti ais krim baba, mee celup, sosej bakar dan lain-lain. Bagi penggemar makanan Thailand pula, korang patut datang ke sini sebab terdapat pelbagai jenis makanan thailand yang murah, halal dan sedap. 




Okay itu sahaja yang sue dapat kongsikan dengan korang. Untuk pengetahuan korang, semua tempat di atas tu adalah tempat favourite sue pergi. So korang patut plan datang ke Kelantan, guarantee korang takkan menyesal!!! 😉👍


SEE U NEXT TIME GUYSSSS, BYEEEEEEEE!

No comments:

Post a Comment