Wednesday 6 March 2019

TIPS MOVE ON GUYS

                                  TIPS MOVE ON



Assalamualaikum and hi guys! So berjumpa lagi kita :)))

Hari ini sue nak kongsikan tips move on. Zaman sekarang ni ramai hamba Allah yang takleh nak move on. Bagi sue move on tu sejenis perasaan yang takleh nak bangkit dari sesuatu kekecewaan. Kekecewaan tersebut bukan sahaja dalam percintaan, malah dalam persahabatan, kehidupan, family, peperiksaan dan lain-lain. Okayyy banyak sebenar tips untuk move ni tapi dari pembacaan sue antara tips move on ni ialah:


1. Sibukkan diri

Sibukkan diri kita dengan kerja dan kawan-kawan. Selain itu, luangkan masa yang lapang tersebut dengan perkara yang kita suka seperti hobi. Dengan sibukkan diri dengan perkara-pekara yang kita suka, InsyaAllah kita tidak mengingati perkara-perkara yang mengecewakan itu. 

2. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Kita kena ceritakan masalah kita kepada orang yang kita percayai dan selesa. Luahkan semua apa yang kita rasai yang terpendam dalam hati kita. Jangan biarkan perasaan kecewa itu terpendam dalam hati kerana ia akan membawa kepada perasaan mudah berputus asa dan sebagainya. Kita perlulah meminta nasihat daripada orang yang kita percayai dan mintalah sokongan daripada mereka seperti kawan-kawan dan keluarga.
3. Menangis
Menangis lah sepuas hati. Kita perlu nangis untuk lepaskan apa yang kita rasai dan simpan dalam hati selama ini supaya kita boleh bangkit semula untuk meneruskan hidup kita.  

4. Jangan biarkan diri bersendirian
Apabila kita menghadapi perasaan kecewa, perkara yang perlu kita elakkan ialah jangan duduk bersendirian. Kerana ia akan menyebabkan kita bersedih kembali dan mengingati perkara yang mengecewakan tersebut. Selain itu, kita juga perlu mengelakkan daripada mendengar lagu-lagu sedih atau tengok cerita-cerita yang sedih kerana ia juga akan membuatkan hati kita sedih.

5. Dekatkan diri dengan Pencipta
Masalah atau perasaan kekecewaan itu hadirnya dengan izin pencipta kita iaitu Allah SWT. Jadi untuk selesaikannya kita perlu lah mendekatkan diri kita kepadaNya untuk meminta pertolongan dan kekuatan untuk berubah dan move on daripada perkara tersebut. 



So guys itu sahaja yang sue dapat kongsikan dengan korang mengenai tips move on ni. Sebenarnya banyak lagi tips move on ni. Korang kena banyakkan membaca buku-buku motivation bagi menaikkan semangat korang yang runtuh tersebut. Sue harap tips ni dapat membantu korang yang tengah dalam proses move on. BYE AND THANK YOU GUYS 😉😉





No comments:

Post a Comment